Saturday 14 April 2012

Masalah Tenaga Elektrik Tidak Mencukupi



Kampung Air Tawar,  Tok Bali,  Pasir Puteh,  mengalami masalah tenaga elektrik yang tidak mencukupi sudah lebih setahun lamanya.



Permasalahan ini bukan sahaja menyebabkan kesusahan kepada penduduk setempat tetapi juga para peniaga di kawasan tersebut.


Sebagai contoh,  Encik Mohamed Said,  68,  seorang peniaga kedai runcit telah mengalami kerugian yang teruk disebabkan tidak dapat berniaga pada sebelah malamnya.


Operasi kedai beliau merosot disebabkan oleh keadaan lampu yang berkelip-kelip sehingga pelanggan beliau pun semakin berkurangan.


Beliau dengan peniaga-peniaga lain turut resah memikirkan barangan elektrik di kedai mereka seperti peti sejuk beku dan beberapa peralatan elektrik lain yang mungkin rosak jika masalah itu berpanjangan.


Aduan telah banyak kali dikemukakan tetapi tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dan masalah tersebut semakin teruk.


Barangan elektrik penduduk setempat juga mengalami kerosokan akibat bekalan elektrik yang tidak mencukupi.  Itulah yang dihadapi oleh Md Aminuddin Mat Yusof,  32 berserta beberapa lagi jirannya yang lain.


Mereka amat berharap agar permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera kerana mereka juga ingin menikmati hidup seperti orang lain.


Anak-anak penduduk setempat yang sedang belajar pun terpaksa mengulang kaji pelajaran mereka di sebelah malam dengan mencari alternatif lain untuk mendapatkan cahaya.


Pihak yang berkenaan diharapkan dapat tampil memberikan keterangan serta menyelesaikan masalah dengan segera.

Wednesday 4 April 2012

Kelantan Darul 'Cow Boy'

Penulis merasakan bahawa negeri Kelantan Darul Naim atau Serambi Mekah patut ditukarkan namanya kepada Darul 'Cow Boy'.


Walaupun pada awal tahun ini,  Ketua Polis Datuk Jalaluddin Abdul Rahman pernah mengatakan bahawa Kota Bharu ini bukanlah satu bandar 'cow boy' tapi nampaknya apa yang dikatakan itu bukannya hakikat sebenar apa yang sedang berlaku di Kota Bharu kini.


Sebelum ini,  dua orang mangsa iaitu Hasan Mohd. Ali 40-an telah cedera akibat di tembak di paha kiri dan adiknya Norsiah Mohd Ali terselamat dari mengalami kecederaan.


Statistik kes tembakan ala mafia di Kota Bharu menunjukkan rekod kes tembakan kelima bagi tempoh 3 bulan pertama pada tahun 2012.


Pada 7 Januari lepas juga sepasang suami-isteri yang telah mengupah tiga lelaki lain untuk menembak seorang tukang masak, Mohd Shari Yusof, 32.


Mangsa nyaris maut apabila satu daripada tiga das tembakan rambang menembusi lengan kirinya dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan.





Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana niat cuba menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.


Satu pasukan khas untuk membanteras kes tembakan menggunakan pistol telah ditubuhkan kerana ianya semakin menjadi-jadi di Kelantan.


Tetapi agak malang kerana walaupun pasukan khas tersebut telahpun diwujudkan,  nampaknya masalah ini bertambah parah.


Kelmarin,  berita kematian seorang pemuda,  Mohamad Nazuri Mohd Zain,  24,  pada jam 11.15 pagi,  dari Kampung Kubang Panjang,  Lemal dan rakannya yang ditembak oleh penunggang motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan di Rantau Panjang menambahkan lagi jumlah statistik terkini kes tembakan di Kelantan.


Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan menunjukkan dua tembakan mengenai mangsa,  satu di bahagian rahang kiri dan satu di bahagian dada sebelah kiri.


Mungkin juga selepas ini semua penduduk Kelantan terpaksa ke mana sahaja dengan memakai jaket kalis peluru.  Siapa yang boleh membekalkan jaket kalis peluru?  Penulis ingin menempah satu set.


Sila e mel penulis untuk bagi sebut harga.

Monday 2 April 2012

Kerajaan Negeri Kelantan Tidak Mampu Menyelesaikan Masalah Air Di Kelantan



Para pembaca dijemput KLIK di sini untuk menonton tentang masalah air di Kelantan.


Kini,  sudah masuk 22 tahun kerajaan Islam PAS memerintah Kelantan.  Adakah masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Kelantan sekian lama telah pun selesai?


Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan negeri yang sudah pun berkuasa mentadbir negeri Serambi Mekah itu,  masalah-masalah yang dihadapi di negeri Kelantan khususnya harus diselesaikan dengan kadar segera.


Baru-baru ini di dalam Dewan Rakyat,  Dr Puad Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pendidikan berkata kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melihat cara membaik-pulih kualiti air di Kelantan.


Pendedahan oleh Dr Puad menunjukkan 39 daripada 77 buah sekolah di Kelantan sedang berada di dalam tahap bekalan air yang begitu kritikal.


Laporan Auditor-General pada 2009 menunjukkan kualiti bekalan air di Kelantan tidak menepati standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.


Pada tahun 2008,  kerajaan persekutuan telah mengagihkan sebanyak RM27.3 juta  untuk pembinaan 91 perigi tiub.


Daripada jumlah tersebut,  hanya 83 buah yang sudah disiapkan manakala baki selebihnya masih di dalam pembinaan.


Nampaknya masalah air karat di Kelantan hanya dapat diselesaikan kerajaan pusat juga sementara kerajaan negeri hanya lepas tangan dan hanya tau menuding jari menyalahkan orang lain di atas kelemahan mereka sendiri.


Dalam pada itu,  satu demonstrasi aman serta kempen mengumpul tandatangan akan diadakan untuk membantah masalah air di Kelantan ini.


Demonstrasi serta kempen tandatangan itu akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Alor Bakat Mahligai Bachok pada 7 April ini iaitu hari Sabtu pada jam 10 pagi.


Kehadiran dari pelbagai NGO dijangka mencapai 100 sehingga 300 orang.


NGO-NGO gabungan yang terlibat ialah Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK),  Perkasa dan lain-lain lagi.


Semua rakyat Kelantan yang terlibat dengan NGO-NGO lain juga di Kelantan dijemput menyertai demonstrasi aman dan kempen tandatangan berkenaan.

Wednesday 28 March 2012

Pembuangan Sisa Ayam Di Tanah Perkuburan Kg Tok Bok




Terdapat satu masalah yang sedang membelengu penduduk di Kampung Tok Bok di Kuala Krai sejak sekian lama.


Ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang sisa sembelihan ayam berhampiran sebuah tanah perkuburan di Kampung Tok Bok.


Tindakan mereka itu bukan sahaja menyebabkan masalah bau busuk kepada kawasan persekitaran malah mencemarkan alam sekitar bilamana sisa sembelihan turut dilemparkan ke dalam sungai.


Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali,  walaupun ianya dilakukan agak jauh dari rumah kediaman,  perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu mengganggu keselesaan penduduk kerana kawasan yang dibuang sisa-sisa ayam itu bersebelahan dengan laluan utama mereka.


Tempat pembuangan itu terletak di tepi jalan yang digunakan oleh penduduk kampung tertamanya pelajar sebagai laluan utama mereka setiap hari.


Masalah itu sudah berpanjangan selama beberapa tahun dan penduduk kampung sudah tidak tahan nak menghidu bau busuk dari kawasan pembuangan sisa sembelihan itu.


Masalah kian meruncing terutamanya ketika musim panas di mana dibimbangi timbunan sisa sembelihan itu akan mengundang penyakit dan mengakibatkan masalah kesihatan kepada penduduk.


Tindakan mereka yang membuang sisa-sia ayam itu terus ke dalam sungai juga menyebabkan air sungai di situ sudah tercemar.


Dakwaan penduduk kampung itu ada asasnya juga kerana didapati terdapat ratusan timbunan sisa sembelihan yang diisikan ke dalam beg plastik yang sudah reput.


Perbuatan itu difahamkan dilakukan oleh peniaga dari sebuah pasar borong berdekatan atas permintaan seorang penduduk kampung dengan alasan ingin menjadikan sisa ayam itu baja tanaman.


Seharusnya agensi kerajaan berwajib seperti Jabatan Parit dan Saliran,  Jabatan Alam Sekitar,  Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Kuala Krai mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang telah membelenggu penduduk di Kampung Tok Bok sejak beberapa tahun sudah.

Sunday 25 March 2012

Harga Kediaman Semakin Mahal Di Kota Bharu




Artikel ini adalah rentetan dari artikel semalam berkaitan MPKB-BRI dengan Sensatimur Sdn Bhd [Klik di sini]. 

Semalam penulis mempersoalkan siapakah pemilik kepada Sensatimur Sdn Bhd.  


Dibawah adalah sedikit-sebanyak maklumat yang telah diperolehi mengenai Sensatimur Sdn Bhd.


Sensatimur Sdn Bhd (630903-U)
Tingkat 1, Lot 816, 
Taman Sri Cemerlang, 
15300 Kota Bharu Kelantan


No 20. Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13 Shah Alam Selangor


Ditubuhkan pada 9/10/2003
Jenis perniagaan: Pembangunan hartanah
Jumlah modal dibenar dan diterbit: RM1 juta


Pemegang Syer:
1. Datin Hasmah Abdul Rahman (yang juga dikenali sebagai Datin Nah, isteri Dato Sidek Awang) - 999,999
2. Mohd Zakhir Siddiqy Dato Sidek - 1


Ahli Lembaga Pengarah:
1. Nik Azman Dato Nik Mustapha  :  620610-03-5321
2. Mohd Zakhir Siddiqy Dato Sidek  :  670509-03-5525
3. Aminodin Ismail  :  671010-11-5299


Setiusaha syarikat:
Mak Yee Hong


Sila baca siapa juga yang telah berjaya mendapat satu lagi projek
kondo tertinggi [Klik di sini] di bekas tapak Arked MPKB.

Rupa-rupanya Sensatimur Sdn Bhd dimiliki oleh kroni PAS serta kroni kepada Menteri Besar Kelantan sendiri.


Inilah antara harga beberapa jenis apartmen dan kedai-kedai yang ditawarkan di Kota Bharu City Centre :  


Studio Apartmen Jenis A  :  RM187,400.00
Studio Apartmen Jenis B  :  RM337,500.00
Studio Apartmen Jenis C  :  RM144,500.00
Apartmen 2 Bilik                 :  RM396,000.00
Lot Kedai (Tingkat 1) Corner :  RM300,000.00
Lot Kedai (Tingkat 1) Intermediate  :  RM260,000.00


Begitulah mahalnya harga Apartmen di Kota Bharu sekarang.  Memang tidak berbaloi harga apartmen itu jika hendak dibandingkan dengan rumah banglo yang telah dijual.


Penulis juga mendapat maklumat beberapa buah banglo yang telah dijual antaranya ialah banglo 4 bilik RM300,000 berdekatan dengan Taman Tengku Anis berhampiran dengan Pengkalan Chepa dan banglo 6 bilik di Kota Bharu yang berharga RM400,000. 


Bandingkan pula dengan harga Apartmen di Kota Bharu Kelantan dan di Shah Alam Selangor.


Harga sebuah Apartmen 3 bilik di Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam pun baru berharga RM180,000.  Sebuah Apartment di Seksyen 19 Shah Alam berharga RM85,000.  Apartment di Seksyen 17 Shah Alam berharga RM81,000.


Sebuah lagi Apartmen di Seksyen 28 Shah Alam berharga RM156,000.  Apartmen di Seksyen 7 berharga RM189,000.


Tepuk dada,  tanyalah selera anda semua.