Friday 23 March 2012

Pasar Mundok Sudah Kotor Selama 10 Tahun




PBT atau nama penuhnya PUSAT BERKUASA TEMPATAN diberikan kuasa di bawah AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.


Antara peranan dan fungsi sesuatu PBT itu bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri.


Tugas-tugas wajib itu adalah termasuk pengumpulan sampah,  penyelenggaraan lampu-lampu jalan serta aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam.


Fungsi budi bicara itu termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam,  taman-taman rekreasi,  perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan.  


Akta 171 menerangkan peranan dan tugas-tugas PBT adalah seperti berikut :  
1-  Kuasa perancang tempatan
2-  Kuasa mengeluarkan lesen
3-  Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
4-  Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
5-  Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
6-  Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
7-  Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam


Oleh itu,  amatlah tidak patut bilamana Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan yang diwar-warkan sebagai negeri Serambi Mekah berada di dalam keadaan yang begitu kotor dan tidak terurus.


Agama Islam amat menitik-beratkan kebersihan sebagaimana yang diceritakan di dalam hadith nabi 40:23 iaitu kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.


Harakahdaily juga pernah menyiarkan berita tentang keterujaan Kerajaan PAS di Kelantan yang mahu menjadikan Kelantan sebagai satu Perbandaran Islam [klik di sini]

Adakah itu sekadar kata-kata kosong yang hanya diucapkan sekadar untuk menyedapkan hati sendiri dan hati rakyat sendiri yang sebenarnya tentu tahu ianya hanyalah retorik semata-mata bila realiti sebenarnya tidaklah seindah apa yang telah diucapkan itu.


Amatlah mendukacitakan bilamana para peniaga di Pasar Mundok,  Pasir Mas telah mengadu tentang kekotoran di tempat perniagaan mereka walaupun mereka telah memulakan operasi di sana semenjak 10 tahun yang lalu.


Sudah tentu kebersihan di Pasar Mundok ini sepatutnya mendapat kerjasama daripada semua pihak iaitu peniaga,  PBT,  serta pembeli dan tidak hanya peniaga di sana semata-mata.  Dimanakah PBT Pasir Mas dalam menjaga dan menjamin kebersihan di Pasar Mundok ini?


Seorang peniaga yang bernama Jamaludin Abdul Rahman,  54 telah mengadu tentang peniaga yang tidak mendapat kemudahan air bersih bagi mencuci kedai setiap kali selesai berniaga.


“Peniagaan ikanlah yang paling memerlukan bekalan air, kerana ikan banyak menyumbang kepada pencemaran bau.


“Jika kami tidak cuci tapak niaga, ia menyebabkan bau busuk, malah menarik perhatian serangga seperti lalat, lipas, tikus dan banyak lagi,” katanya.


“Meskipun terdapat ura-ura kami perlu berpindah, ke tapak baru di Lubok Jong, namun kami yakin, ia akan memakan masa sehingga beberapa tahun.


“Kami berharap, permohonan kami untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih dapat disediakan, memandangkan masalah ini berlanjutan sehingga 10 tahun,” katanya.


Selain itu,  masalah longkang tersumbat akibat tiada penyelenggaraan yang betul juga menjadi satu faktor penyumbang kepada kekotoran di Pasar Mundok.


Kerajaan pusat sebenarnya telah banyak membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan [klik di sini].

Persoalan yang ingin penulis kemukakan ialah kemanakah perginya kesemua wang yang berjumlah RM106 juta yang telah diperuntukkan bagi membina jalan dan longkang di negeri Cik Siti Wan Kembang ini?

No comments:

Post a Comment